


KAMI MERUPAKAN PLATFORM SUKARELAWAN MAHIR BERFOKUS KEPADA PERSEDIAAN BENCANA, KITA BANTU TANAH AIR
Setiap tahun berjuta individu di seluruh dunia menyumbang tenaga dan masa sebagai sukarelawan (Snyder & Omoto, 2008). Keperluan dan tenaga sukarelawan diperlukan dalam pelbagai bidang kebajikan sebagai contoh adalah bencana banjir. Berdasarkan iklim di Malaysia,bencana alam yang sering berlaku ialah bencana banjir. Kesan daripada kejadian ini telah menyebabkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kematian.


Kelab Perwira Malaysia menyahut seruan ini sebagai sebuah platform sukarelawan berkemahiran dalam menghadapi bencana yang saban tahun dihadapi rakyat Malaysia. Perwira telah melaksanakan beberapa siri latihan kemahiran yang dipanggil Program Asas Sukarelawan Mahir.
KAMI PERWIRA SEDIA MEMBANTU
Membantu tanah air merupakan asas penubuhan kami buat mereka yang memerlukan. Namun, kami perlukan sokongan dan dorongan anda. Kelab Perwira Malaysia yang terdiri daripada tenaga muda, telah mula berkhidmat membantu masyarakat bermula dari peristiwa COVID-19. Kini, kami bergerak aktif memberikan pelbagai bantuan serta latihan-latihan kemahiran kepada kumpulan bersasar.
Program Kemahiran

.jpg)

.jpg)
Program-program yang telah kami jalankan
.jpg)
Sumbangan anda amat penting untuk kami terus membantu mangsa bencana dalam negara. Setiap ringgit yang anda sumbangankan akan terus disalurkan kepada mereka yang terkesan.
MARI BERSAMA MERINGKAN BEBAN MANGSA BANJIR & BENCANA MELALUI PLATFORM INI
AYUH BERSAMA PERWIRA
PRAY FOR MALAYSIA : MISI BENCAN MEGA