Ramadan bakal jadi cabaran baru kepada hampir 2 juta pelarian Palestin
Di Gaza, kanak-kanak menyambut Ramadan bukan di rumah yang selamat, tetapi di khemah-khemah pelarian. Mereka menghias ruang sempit dengan lampu kecil, memukul gendang mainan, dan cuba tersenyum — seolah-olah Ramadan ini masih sama seperti dahulu.

Namun di sebalik hiasan dan senyuman itu, realitinya amat menyakitkan. Bagi sebahagian keluarga di Gaza, berpuasa bukan lagi satu ibadah pilihan, tetapi kerana tiada makanan untuk dimakan. Ada yang terpaksa menyelongkar sampah, mencari sisa makanan untuk berbuka puasa.
Sekatan berpanjangan dan serangan berterusan telah menyempitkan bekalan makanan, air bersih dan keperluan asas. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan rahmat dan ketenangan bakal dilalui dalam kelaparan, ketakutan dan kehilangan.


Agensi kemanusiaan melaporkan lebih 90% penduduk Gaza kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan luar termasuk air, makanan, khemah perlindungan dan ubat-ubatan untuk kelangsungan hidup. Pelbagai entiti antarabangsa terus mendesak agar bantuan kemanusiaan dipercepatkan bagi meringankan penderitaan penduduk sebelum Ramadan tiba dalam suasana penuh kesukaran.
MENGAPA PROJEK IFTAR MEGA MESTI DIMULAKAN SEKARANG?
Jika kempen hanya bermula apabila Ramadan tiba, bantuan akan sampai terlalu lewat. Bantuan kemanusiaan tidak sampai dalam sehari. Ia memerlukan:
Pengumpulan dana lebih awal
Penyediaan bekalan makanan
Koordinasi dengan rakan lapangan
Penghantaran melalui laluan yang sangat terhad
Memulakan kempen sekarang bermakna bantuan boleh sampai tepat pada waktunya — ketika mereka paling memerlukan. Menangguhkan bantuan bermakna membiarkan mereka berpuasa tanpa pilihan.

BAGAIMANA SAYA INGIN MEMBANTU PERSIAPAN RAMADAN BUAT PALESTIN?
.jpg)
Kebaikan tidak menunggu waktu yang “sempurna”. Ia bermula dengan kesedaran dan tindakan segera.
AYUH DERMA SEKARANG
