INFAQ DAGING : PANGGILAN KEIKHLASAN DEMI PALESTIN SYRIA, LUBNAN, YAMAN DAN MALAYSIA

REBUT PAHALA SEDEKAH HARI ARAFAH (ZULHIJJAH)
RAYUAN TERAKHIR BANTU LAKSANAKAN KORBAN DI BUMI ANBIA | RAIH KEBERKATAN ZULHIJJAH
Rasulullah ﷺ bersabda ketika di 'Arafah:
"Wahai umat manusia, sesungguhnya kewajiban setiap penghuni rumah pada setiap tahun untuk menyembelih kurban dan 'atirah, tahukah kalian apakah 'atirah? Yaitu yang orang-orang menyebutnya rajabiyyah (menyembelih hewan pada sepuluh hari pertama)."
(HR Abu Daud)
Ya Rabb, berikan kami kemampuan untuk melaksanakan ibadah korban bagi keluarga kami setiap tahun
Ya Rabb, tinggikan kedudukan kami di akhirat kelak asbab niat & amalan korban yang tulus ini. Aamiin Ya Rabbilalamin.
Allah SWT menjanjikan 5 KELEBIHAN kepada golongan yang gemar bersedekah:
1. Pemisah diri dari neraka
2. Memadamkan kepanasan di Alam Barzakh
3. Pembuka pintu rezeki
4. Ganjaran pahala yang berganda-ganda
5. Bernaung di bawah rahmat Allah SWT
Infaq Daging buat Saudara Kita pada AIDILADHA tahun ini.
OPERASI KEJI ISRAEL & US MEMBUNUH RAKYAT AWAM YANG TIDAK BERDOSA DEMI MEMBEBASKAN TAHANAN PERANG 4 ORANG ISRAEL
Sejak Perang, 41 orang tahanan telah mati oleh serangan Israel sendiri di Gaza. Namun baru-baru ini mereka membebaskan 4 orang israel yg berada di kem Nuseirat dengan penuh kejam dan keji.
HAMPIR 300 orang Syahid ditembak dan HAMPIR 500 orang cedera.
Mereka menyamar menggunakan trak bantuan yang datang dari jeti Amerika ke Kem Al-Nuseirat yang merupakan kawasan tumpuan orang awam, dan tujuan serangan ini untuk mewujudkan laluan trak mereka sahaja‼️
Jadi Hari Raya AidilAdha telah menjadi satu penantian oleh mereka setiap tahun kerana ia satu-satunya peluang buat mereka menikmati serta merasai hidangan daging bersama keluarga.
Semua orang pastinya ada niat nak buat Qurban. Namun, niat mungkin terhenti apabila melihat kos Qurban yang tinggi.
Peluang masih ada mari bersama KELAB PERWIRA kita infaqkan daging korban buat mereka, semoga dengan infaq kita dapat ukirkan senyuman buat saudara kita yang berada di Malaysia ataupun yang berada di Palestin, Syria, Lubnan dan Yaman pada Hari Raya AidilAdha tahun ini.
Anak Syria yang berkongsi seddikit makanan yang tersisa
Anak ini mengutip sisa-sisa cebisan roti yang terjatuh di atas tanah untuk dimakan.
Jana Ayyad kini menderita maluntrisi akibat kelaparan dan kekurangan makanan akibat serangan Israel ke atas Gaza
Disebabkan kesusahan atas peperangan mungkin mereka sudah lama tidak merasai nikmatnya makan daging.
Kenapa perlu Sedekah korban di Palestin dan Syria menurut ulamak.
Buat Korban di Palestin dan Syria bukan sekadar ibadah untuk kita. Atau semata-mata untuk penuhi impian mereka untuk makan daging.
Namun ia adalah satu sumbangan kita dalam membantu saudara seislam yang berada di bumi para nabi.
Penjaga Baitul Maqdis dan juga penjaga bumi Syam. Tugas kita bagi pastikan mereka terus hidup disana dengan bantuan kita.
Kelab Perwira Malaysia merupakan sebuah platform bagi melahirkan barisan sukarelawan dan tenaga mahir serta bantuan keperluan asas dalam berhadapan bencana, Kenali kami dengan layari laman sesawang platform sukarelawan Kelab Perwira Malaysia:
ALHAMDULILLAH !! ALHAMDULILLAH!! BANTUAN SAMPAI KEPADA SAUDARA DI GAZA


“Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan”
(Surah Al Insaan Ayat 8)